Sunday, September 6, 2009

Apa dalam CD APTonCD saya?

Semalam semasa memberikan ilmu Ubuntu kepada peserta kursus Linux di IKBN,
saya telah mengedarkan CD Bonus yang mengandungi kesemua package yang menjadi kegemaran saya, jika saya memasangan perisian Ubuntu di komputer yang baru.

Bagaimana saya melakukannya?

Setelah memasang perisian Ubuntu (fresh install), saya terus melakukan kemaskini APT melalui arahan apt-get update.

$ sudo apt-get update

seterusnya, saya memberikan arahan berikut untuk membolehkan komputer Ubuntu saya memuat-turun package yang diperlukan, misalnya frozen-bubble (game)

$ sudo apt-get -d install frozen-bubble

Ini membolehkan package dimuat-turun sahaja, tanpa perlu dipasang.


Di akhir proses memuat-turun ini saya sudah dapat menyediakan hampir 200 package (termasuk dependencies) di dalam local package cache (/var/cache/apt/archives)

Seterusnya saya boleh menggunakan APTonCD untuk menyediakan CD yang dikemudiannya diedarkan pada peserta kelas.

Package kegemaran saya adalah:-

virtualbox-3.0 wine-doors w32codecs msttcorefonts flashplugin-nonfree amrnb amrwb miro vlc realplayer gxine skype screenlets conky neverball supertuxkart monkey-bubble frozen-bubble compizconfig-settings-manager kompozer inkscape xaralx bluefish liferea gthumb gwget nas audiooss wammu filezilla unrar unetbootin dia-gnome gnochm wvdial gnome-ppp sun-java6-jre sun-java6-plugin sun-java6-fonts nautilus-cd-burner
 w32codecs msttcorefonts flashplugin didapati daripada repositori medibuntu, manakala package virtualbox diambil dari PPA yang dinyatakan dalam laman web www.virtualbox.org

Langkah-langkah lengkap akan di berikan kemudian.

No comments: