Sunday, September 6, 2009

Apa dalam CD APTonCD saya?

Semalam semasa memberikan ilmu Ubuntu kepada peserta kursus Linux di IKBN,
saya telah mengedarkan CD Bonus yang mengandungi kesemua package yang menjadi kegemaran saya, jika saya memasangan perisian Ubuntu di komputer yang baru.

Bagaimana saya melakukannya?

Setelah memasang perisian Ubuntu (fresh install), saya terus melakukan kemaskini APT melalui arahan apt-get update.

$ sudo apt-get update

seterusnya, saya memberikan arahan berikut untuk membolehkan komputer Ubuntu saya memuat-turun package yang diperlukan, misalnya frozen-bubble (game)

$ sudo apt-get -d install frozen-bubble

Ini membolehkan package dimuat-turun sahaja, tanpa perlu dipasang.


Di akhir proses memuat-turun ini saya sudah dapat menyediakan hampir 200 package (termasuk dependencies) di dalam local package cache (/var/cache/apt/archives)

Seterusnya saya boleh menggunakan APTonCD untuk menyediakan CD yang dikemudiannya diedarkan pada peserta kelas.

Package kegemaran saya adalah:-

virtualbox-3.0 wine-doors w32codecs msttcorefonts flashplugin-nonfree amrnb amrwb miro vlc realplayer gxine skype screenlets conky neverball supertuxkart monkey-bubble frozen-bubble compizconfig-settings-manager kompozer inkscape xaralx bluefish liferea gthumb gwget nas audiooss wammu filezilla unrar unetbootin dia-gnome gnochm wvdial gnome-ppp sun-java6-jre sun-java6-plugin sun-java6-fonts nautilus-cd-burner
 w32codecs msttcorefonts flashplugin didapati daripada repositori medibuntu, manakala package virtualbox diambil dari PPA yang dinyatakan dalam laman web www.virtualbox.org

Langkah-langkah lengkap akan di berikan kemudian.

APTonCD - Laksana APT di mana-mana

Apa itu APTonCD?

APTonCD adalah salah satu utiliti mengarkib fail-fail package (.deb) yang dimuat-turun melalui APT-GET atau APTITUDE ke dalam bentuk CD atau DVD, seterusnya membolehkan anda mencipta repositori mudah-alih yang boleh digunakan di komputer yang lain.

Selain itu, APTonCD boleh digunakan sebagai salinan sandaran (backup) kesemua ail-fail .deb yang terdapat dalam repositori local (local repositories cache), supaya anda boleh memasangnya semula ke dalam komputer anda walaupun dalam ketiadaan sambungan ke internet.

Package aptoncd boleh didapati dari repositori Ubuntu (universe) dan boleh dipasangkan pada Ubuntu melalui arahan apt-get.

$ sudo apt-get install aptoncd

Aplikasi APTonCD boleh dicapai melalui menu System - Administration dalam Ubuntu (9.04)


APTonCD boleh dimuat-turun terus daripada laman web http://aptoncd.sourceforge.net.


Pemasangan APTonCD


Pada masa ini, versi aptoncd dala repositori Ubuntu adalah 0.1.98-0ubuntu4 untuk kebanyakan versi Ubuntu, manakala versi yang terdapat di Source Forge masih 0.1-1_all.


Saya telah mencuba perisian ini dalam Ubuntu 9.04, tetapi mendapati ia tidak
dapat Restore package yang telah dimasukkan ke dalam CD yang dicipta melalui arahan Create.

Versi APTonCD dari Ubuntu Repositories bersandarkan package libao2 dan cdrao, manakala versi dari Source Forge memerlukan
package libao2, cdrao dan nautilus-cd-burner, tetapi ia juga menyebabkan package brasero dan lib-brasero dikeluarkan daripada instalasi Ubuntu.

Untuk pemasangan Ubuntu yang baru (fresh install), anda boleh melakukan langkah berikut:-

1. Pasangkan package nautilus-cd-burner terlebih dahulu.
sudo apt-get install nautilus-cd-burner

2.  Muat-turun package 0.1-1 dari Source Forge,
http://downloads.sourceforge.net/aptoncd/aptoncd_0.1-1_all.deb
3.  Larikan fail (run) aptoncd_0.1-1_all.deb dengan menggunakan aplikasi GDebi.

4. Aplikasi GDebi akan memaklumkan bahawa pemasangan ini akan memerlukan package libao2 dan cdrao (dependencies) dan membuang package brasero dan lib-brasero.

Saturday, September 5, 2009

Majlis Penutup Kursus Linux di IKBN Bukit Mertajam

Pada 5 September 2009 yang lepas, Majlis Penutup Kursus Linux di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam telah berlangsung dengan suasana yang sederhana tetapi bermakna.

Kursus berkenaan telah berlangsung sejak 8 Ogos 2009 dan berakhir pada 5 September 2009 diadakan pada setiap Sabtu, disertai oleh hampir 20 orang di kalangan belia daripada kawasan sekitar Bukit Mertajam dan Seberang Perai.
Kursus yang diadakan berkenaan adalah sebahagian usaha pihak IKBN untuk memberi peluang latihan kepada pihak belia luar, di samping memberi pengenalan kepada IKBN. Kursus berkenaan dijalankan bersama dengan syarikat latihan ICT E-Office Virtual Systems, manakala ceramah dan latihan diberikan oleh penceramah jemputan.

Semasa kursus berkenaan, para peserta diberikan pendedahan mengenai perisian Sumber Terbuka Linux dengan mempelajari pelbagai aspek pemasangan, konfigurasi dan penyelesaian masalah sistem dengan menggunakan perisian Linux yang popular seperti Ubuntu. Para peserta diberi peluang memasang sendiri perisian berkenaan pada PC yang dibekalkan oleh pihak penganjur. Selain itu, para peserta berpeluang mencuba pelbagai perisian sumber terbuka yang boleh dimuat turun daripada internet.

Adalah diharapkan ilmu pengetahuan serta kemahiran yang diperolehi daripada kursus ini dapat dimanfaatkan oleh semua peserta dalam usaha memartabatkan ilmu ICT dikalangan belia secara khususnya dan masyarakat sekitar pada umumnya.

- Amran Abd Samad -





Photos: Amran Abd Samad

Tuesday, September 1, 2009

New Ubuntu 9.04 install

I just decided I want to do a fresh install.

I'm using Ubuntu 9.04 Desktop i386 on my Acer TravelMate 3282 notebook, with 4 GB RAM and 80GB Disk space.

The steps are as follows:-

1. format the /dev/sda into partitions /dev /sda1 (76646083 blocks) as ext4 and /dev/sda2 (1502077 blocks) as swap.

2. After reboot, connect to internet via P1 WiMAX connection.

3. Run sudo apt-get update, takes about  5 minutes to complete.

4. Run sudo apt-get install nautilus-cd-burner as per dependencies by aptoncd package (0.1-1-all) from Source Forge.net.

5. Add deb http://download.virtualox.org/virtualbox/debian jaunty nonfree in the /etc/apt/sources.list file.

6. Get Sun Public key for apt-secure:-
wget -q http://download.virtulbox.org/virtualbox/debian/sun_vbox.asc -0- | sudo apt-key add - 

By this moment, the Update Manager windows pops up to offer a lot of critical updates. I just simply ignore it this time.

7. This time run sudo apt-get update again.

8. Run 'sudo apt-get -d install virtualbox-3.0' to download VirtualBox and about 20+ dependencies.

9. Added repositories info for miro, wine-doors and medibuntu

10.Run sudo apt-get update again.

11. Do install for the following:-
 amrnb amrwb realpayer skype w32codecs gxine vlc miro wine-doors msttcorefonts flashplugin-nonfree screenlets conky neverball frozen-bubble monkey-bubble supertuxkart compizconfig-settings-manager kompozer bluefish liferea gthumb gwget nas audiooss inkscape xaralx wvdial gnome-ppp unetbootin unrar dia-gnome gnochm wammu filezilla sun-java6-jre sun-java6-plugin sun-java6-fonts sun-java6-bin

12. Wait for about 2.5 hours for everything to complete

Monday, November 20, 2006

Permulaan Baru

Lama sudah ku fikir untuk mewujudkan halaman blog seperti ini.

Mungkin sebab aku tiada masa.. mungkin sebab aku sendiri tak berani.

Yang pasti ia akan jadi titik tolak perjalanan karyaku.